Jom Buat Duit

Wednesday 11 April 2012

Tuanku Abdul Halim catat sejarah




KUALA LUMPUR - Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 hari ini bukan sahaja mencatat sejarah ditabalkan buat kali kedua tetapi juga menjadi Ketua Negara dalam dua era iaitu satu, ketika Malaysia sedang pulih daripada kesan peristiwa 13 Mei dan kedua, ketika Malaysia sedang melangkah ke arah menjadi negara maju.

Kali pertama baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada tahun 1970, ketika negara berada di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang melahirkan beberapa dasar penting dalam membangunkan negara terutama Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat.

Ketika itu, Malaysia masih cuba bangkit selepas melalui detik hitam peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan antara kaum pada masa itu.
Kini semasa dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim bakal memerintah Malaysia yang sedang giat berusaha bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Semasa baginda memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima, Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdul Razak Hussein dan kali ini, Tuanku Abdul Halim akan berganding bahu dengan anakanda Allahyarham Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri keenam yang sedang giat memacu pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
Tuanku Abdul Halim yang diputerakan pada 28 November 1927 mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters