Jom Buat Duit

Tuesday 3 April 2012

31 maut pesawat Russia terhempas

SEBAHAGIAN rangka  pesawat ATR-72 yang terhempas di Siberia, semalam.
SEBAHAGIAN rangka pesawat ATR-72 yang terhempas di Siberia, semalam.

MOSCOW: Seramai 31 orang terbunuh semalam apabila sebuah pesawat penumpang terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Siberia.
Ia nahas terbaru yang melanda industri penerbangan Russia.

Kementerian Bantuan Kecemasan berkata, pesawat buatan Perancis-Itali ATR-72 itu membawa 39 penumpang dan empat kru kabin ketika ia terhempas 45 kilometer dari bandar raya Tyumen di barat Siberia ketika dalam penerbangan menuju ke bandar minyak Surgut. “Seramai 12 orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 31 orang terbunuh,” menurut kenyataan Kementerian Bantuan Kecemasan Tyumen. Pesawat ATR-72 dua enjin itu dikendalikan oleh UTair, syarikat penerbangan swasta Russia yang menguruskan kebanyakan penerbangannya di barat Siberia dan Pergunungan Ural.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata, pesawat berkenaan terhempas sejurus berlepas tetapi terpaksa melakukan pendaratan cemas kira-kira 1.5 kilometer dari Lapangan Terbang Roshchino. Pegawai keselamatan lapangan terbang memberitahu agensi berita Interfax, pesawat hanya mampu terbang kira-kira 100 meter sebelum ia terputus hubungan dengan pengawal trafik udara. “Masalah teknikal pesawat itu mungkin timbul ketika ia berlepas dan juruterbangnya cuba untuk melakukan pendaratan cemas,” lapor Interfax sebagai memetik kenyataan pegawai lapangan terbang.

UTair tidak memberi sebarang penjelasan mengenai punca nahas. Industri penerbangan Russia sering diselar kerana kekerapan kemalangan.

Sebuah pesawat membawa Presiden Poland, Lech Kaczynski dan pegawai kanan lain terhempas berhampiran bandar Russia, Smolensk pada April 2010, menyebabkan 96 orang terbunuh. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters