Jom Buat Duit

Thursday, 1 March 2012

Joe jumpa peminat KL

NAMA Joe Brooks mungkin jarang didengar tetapi semakin popular di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Tanpa banyak publisiti, penyanyi asal Southampton, England dikenali ‘pemuzik Myspace’ ini memasang impian mengorak langkah menerusi jelajah persembahan di rantau Asia Tenggara.
Menjelang persembahan sulung bertajuk Joe Brooks Trio Live In Malaysia sempena pelancaran EP ketiga, A Reason To Swim di KL Live Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bermula jam 7 malam, Sabtu ini, penyanyi mudah mesra ini berkata: “Saya tiba ke sini minggu lalu dari Hong Kong dan menghabiskan masa selama beberapa jam di imigresen. Apa yang pasti, cuaca di lapangan terbang di sini sangat panas!
“Kami kemudian menghabiskan masa selama seminggu di Port Dickson. Saya menyukai pantainya dan menetap di sebuah resort yang mengadap sebuah pulau cantik di sana.

“Kedatangan saya ke sini saya adalah menggembirakan peminat dengan penampilan sulung dan bertemu peminat Malaysia yang mengikuti saya menerusi Myspace.


“Lagipun, saya sukakan Asia Tenggara kerana ramai mengikuti perkembangan saya,” katanya dalam temuramah bersama media di pejabat Sony Music (M) di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Populariti Joe mula dikenali menerusi Myspace dan dianggap Number 1 Unsigned UK Artist. Dia menerbitkan EP pertamanya bertajuk Maybe Tomorrow pada 2006 diikuti EP kedua, Acoustic Sessions setahun kemudian. Joe kemudian menghasilkan album sulung mengandungi 12 lagu bertajuk Constellation Me yang dirakam di Los Angeles dan Stockholm, Sweden.

Kedatangan penyanyi berusia 24 tahun ini ke Malaysia begitu bermakna bagi kerana kebetulan baru melancarkan EP ketiga, A Reason To Swim pada September tahun lalu.

EP baru beliau ini, dilancarkan dengan mendapat sokongan dan tajaan peminat selepas meninggalkan syarikat rakaman lama dan album baru ini dilesenkan dan dilancarkan oleh Sony di Korea dan Malaysia.

Kata Joe, pengaruh muzik terhadap dirinya sangat luas terutama dorongan ibu bapanya, Noel dan Sally yang menanam minat suka muzik dan menghayati setiap rentak didengar.

“Saya mula bermain gitar pada usia 16 hingga usia 24 sekarang. Bercakap mengenai album baru juga, saya mahu melihat ke depan dan mula fokus untuk mengurangkan jumlah lagu dalam sesebuah album. Ini membolehkan pendengar terutamanya remaja mendengar lagu saya dengan lebih baik.

“Adalah lebih menghiburkan apabila dapat membuat enam lagu yang benar-benar bagus dan senang dihayati berbanding membuat sedozen lagu tetapi hanya satu atau dua saja disukai kerana tidak tahu mana satu hendak didengar. Itu matlamat sebenar saya. Saya mencipta lagu dengan gitar dan menulis lirik dan berkolaborasi dengan komposer lain,” katanya.

Pengaruh muzik Joe banyak antaranya genre seperti klasikal dan jazz. Kata Joe, inspirasi muzik sekarang banyak dipengaruhi mendengar kumpulan Dire Straits dan Ray Charles.

“Anda boleh mengatakan muzik saya bersifat sangat peribadi. Saya tidak dapat mengatakan muzik mengkhusus seperti Vivaldi atau Tchaikovsky, tiada komposer tertentu. Saya menghayati muzik yang bagus dan mendengar band rock Amerika seperti The Killers atau Coldplay dari England.

“Apapun, saya harap dapat bertemu peminat Malaysia minggu ini,” katanya yang suka bermain Playstation dan turut meminati kelab bola sepak Liga Perdana, Manchester United.

“Saya peminat United. Ia dua liga berbeza dan saya berharap Southampton dapat memperbaiki kedudukan mereka musim depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters