Jom Buat Duit

Sunday 12 August 2012

Dibunuh kekasih

PETALING JAYA: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an ditemui mati dengan kesan tikaman dan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah bilik di Jalan PJU 1/2 Kampung Cempaka, Kelana Jaya, kelmarin.
Mayat mangsa yang ditemui penduduk berhampiran kira-kira jam 6 petang, dalam keadaan dua tangan diikat menggunakan kain. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, sebaik menerima aduan daripada penduduk kawasan berkenaan, sepasukan polis segera ke lokasi kejadian.

“Sebaik memasuki bilik itu, polis menemui mayat mangsa yang berpakaian lengkap tetapi dua tangannya diikat menggunakan kain.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui kesan tikaman dan lebam di badan mangsa,” katanya.

Polis gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa kecuali surat pajak.

Arjunaidi berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di bilik itu bersama teman lelakinya.
“Polis menjejaki teman lelaki mangsa yang dipercayai sudah melarikan diri,” katanya. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu sudah dibunuh sejak tiga hari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters