PENDUDUK meredah banjir di sepanjang jalan di bandar Calumpit, utara Manila, Filipina, semalam.
MANILA: Pihak berkuasa Filipina semalam berhempas-pulas untuk
menyalurkan bantuan kecemasan dan makanan kepada lebih dua juta
rakyatnya yang terjejas akibat banjir, ketika jumlah kematian meningkat
kepada 66, kata pegawai kerajaan.
Banjir yang menenggelamkan 80 peratus daripada Manila awal minggu
ini semakin surut, membenarkan penduduk kembali ke kediaman mereka,
tetapi kawasan pertanian di utara negara itu masih ditenggelami air.
Ketua
Pertahanan Awam, Benito Ramos memberitahu media, bilangan penduduk yang
dipindahkan, termasuk 441,000 orang yang bersesak di pusat perlindungan
perlu diberikan bantuan dan makanan sekurang-kurangnya untuk tujuh hari
lagi.
“Kerajaan mempunyai peruntukan bekalan untuk sebulan jika perlu. Kami
mempunyai bekalan kecemasan yang mencukupi,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment