JACKSONVILLE (Florida): Seorang lelaki bersenjata menembak mati
seorang pengetua sekolah menengah semalam sebelum menembak dirinya, kata
pihak berkuasa.
Sekolah Menengah Episcopal di Jacksonville berkata mereka amat sedih
apabila pengetua sekolah itu, Dale Regan terbunuh tengah hari semalam.
“Takziah kepada keluarga beliau dan kami meminta sokongan dan doa anda
saat ini,” kata sekolah itu dalam satu kenyataan.
Sumber di
sekolah itu memberitahu media, penyerang adalah bekas guru bahasa
Sepanyol yang tidak berpuas hati dan melepaskan tembakan daripada
senjata yang diseludup masuk ke kawasan sekolah yang disembunyikan dalam
bekas guitar. Polis tidak dapat mengesahkan identiti penyerang itu. -
AFP
No comments:
Post a Comment