Jom Buat Duit

Thursday 8 March 2012

2 wartawan The Sun cuba bunuh diri

LONDON: Dua wartawan kanan yang bekerja dengan syarikat News International milik Rupert Murdoch cuba membunuh diri ketika tekanan memuncak terhadap penerbit News of the World yang tidak berfungsi lagi itu.

Tiga sumber yang rapat dengan syarikat itu memberitahu media, semalam, dua wartawan di akhbar harian the Sun cuba untuk membunuh diri. Siasatan ekoran isu skandal penggodaman telefon terus mendedahkan tindakan meragukan dibuat kakitangan yang ada sekarang dan bekas kakitangannya. Seramai 11 kakitangan dan bekas kakitangan the Sun, akhbar tabloid paling laris di Britain ditahan tahun ini kerana disyaki merasuah polis atau penjawat awam untuk mendapatkan maklumat.

Penahanan mereka dibuat ekoran maklumat kepada polis oleh Jawatankuasa Standard dan Pengurusan (MSC), badan yang dibentuk syarikat induk News Corp untuk membantu siasatan polis dan urusan mahkamah.

Tugas MSC yang dibentuk untuk bebas daripada konglomerat akhbar Britain utama, News International menimbulkan kegetiran antara kakitangan, kebanyakannya berasa kesetiaan mereka dikhianati oleh majikan.

“Mereka rasa bagaikan dicampak ke bawah bas,” kata seorang kakitangan News International kepada media. “Mereka lebih daripada marah ada unsur pengkhianatan, bukan saja dengan organisasi tetapi keadaan persekitaran yang kacau-bilau,” katanya. News International menghadapi pelbagai siasatan dan kes mahkamah selain persoalan dikemukakan masyarakat mengenai standard akhbar selepas kritikan terhadap amalannya mula dipertikai Julai tahun lalu. Ahli politik yang satu ketika dulu rapat dengan Murdoch, termasuk Perdana Menteri David Cameron membelakanginya dan menuntut jawapan selepas akhbar The Guardian mendedahkan News of The World menggodam telefon pelajar sekolah yang dibunuh, Milly Dowler. Kakitangan akhbar tabloid itu sangat tertekan sejak dua minggu lalu kerana mereka juga perlu menerbitkan akhbar mingguan Ahad, yang diumumkan Murdoch untuk menggantikan News of the World. News International meningkatkan bantuan psikiatri kepada kakitangannya supaya mereka dapat mengatasi tekanan dihadapi. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters