LOS ANGELES: Seorang bekas guru ditahan kerana mengambil gambar
beberapa murid yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di muka dan sudu
berisi air mani diletak ke mulut mereka, kata polis, semalam.
Mark Berndt, 61, yang mengajar lebih 30 tahun di sekolah rendah di
timur bandar raya ini menghadapi pelbagai tuduhan melakukan perbuatan
lucah ke atas puluhan murid, kata pendakwa raya. “Saya meluat dan takut
dengan kelakuan Mark Berndt,” kata polis kesatuan sekolah Los
Angeles, Superintendan John Deasy selepas 23 kes jenayah difailkan
termasuk membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun yang didera
antara 2008 dan 2010. “Individu ini dan kelakuannya tidak menunjukkan
kualiti guru yang bekerja keras mewakili murid di kesatuan sekolah Los
Angeles.
Berndt dihentikan daripada tugas mengajar sebaik
dakwaan itu dikemukakan pada Januari tahun lalu selepas lebih 40 gambar
kanak-kanak di dalam kelas dengan mata dan mulut mereka ditutup dengan
pita, dilaporkan oleh pemproses filem.
Berndt sama ada memeluk kanak-kanak terbabit atau tangannya menutup mulut mereka, lapor kenyataan Jabatan Polis Los Angeles.
Kenyataan
itu melaporkan, sesetengah gambar itu “memotretkan murid perempuan
dengan sudu plastik biru berisi cecair jernih disuapkan ke mulut mereka
seolah-olah mereka akan menelannya,” lapor kenyataan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment