Jom Buat Duit

Thursday 12 January 2012

Allahyarham Tengku Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar - Jenazah kekanda Sultan Pahang selamat disemadikan

PEKAN: Jenazah kekanda sulung Sultan Pahang, Allahyarham Tengku Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar, selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan kira-kira 4 petang hari ini.
Allahyarham mangkat pada kira-kira 5.30 pagi ini di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak seminggu lalu.

Jenazah baginda dibawa pulang ke kediaman baginda di Jalan Istana Sultan Abu Bakar untuk istiadat bersiram sebelum dibawa ke Istana Sultan Abu Bakar untuk disembahyangkan.

Jenazah baginda kemudiannya dibawa ke Makam Diraja Pekan pada kira-kira 2.45 petang untuk urusan pemakaman dan selamat disemadikan kira-kira 4 petang.
Diputerikan pada 3 Jun 1927, Allahyarham merupakan anakanda sulung kepada Almarhum Sultan Abu Bakar bersama isterinya, Raja Fatimah Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.

Pernah bergelar Tengku Ampuan Besar Terengganu, apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan AliShah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Allahyarham meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Tengku Datuk Iskandar AbuBakar Tengku Ali, Tengku Aisha dan Tengku Afzam (Hizan).

Turut hadir pada upacara pemakaman itu ialah seluruh kerabat diraja Pahang, pembesar-pembesar negeri, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters