SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut didera teman lelaki ibunya hanya kerana tidak pandai ke tandas.
Kanak-kanak malang itu, Tanilla Warrick Deaves dipukul hingga mati oleh
Warren James Ross, 30, di rumah teman wanitanya di Central Coast, New
South Wales, Australia.
Menurut polis tempatan, Tanilla dirotan, dihantukkan kepala pada cermin kaca di dalam tandas dan di pintu almari.
“Mangsa dibelasah hingga tidak sedarkan diri lalu diletakkan di dalam
kereta sorong selama dua hari hingga dia menemui ajal,” katanya.
Beliau berkata, ibunya Donna Deaves turut didakwa kerana tidak meleraikan perbuatan kejam teman lelakinya itu.
“Ibunya juga sangat kejam kerana tidak mahu memberikan rawatan
kecemasan selepas anaknya tidak sedarkan diri,” katanya. Selepas
mendengar hujah pertuduhan,
Dipetik Sydney Morning Herald, Mahkamah Sydney mendapati, Donna
bersalah kerana bersubahat melakukan pembunuhan dan dijatuhi hukuman
penjara 12 tahun namun ia dikurangkan kepada sembilan tahun selepas dia
bersetuju memberikan keterangan terhadap perbuatan kejam teman lelakinya
itu.
Warren pula kekal dengan tuduhan bersalah kerana membunuh kanak-kanak
itu namun sepanjang perbicaraan, dia tetap tidak mengaku bersalah dan
turut memaki hamun petugas media yang membuat liputan sepanjang
perbicaraannya itu. SH
No comments:
Post a Comment