BEIJING - CHINA . Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel Lido di sini
selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib Tun
Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia
Putra Kuala Lumpur (PWTC).
Kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi
mereka selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan berakhir di selatan
Lautan Hindi.
Memetik laporan ABC, keluarga penumpang yang berada di hotel berkenaan
dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan
terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17 hari lalu.
Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.
Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa.
"Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu.
Namun, situasi tegang dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan.
Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini tercetus.
No comments:
Post a Comment