Jom Buat Duit

Saturday, 22 March 2014

3 anggota polis diarah bela diri

Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei depan untuk membela diri.

Tertuduh, Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34; Konstabel Remy Anak Dana, 26; dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara pukul 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama. Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters