MENELITI perjalanan karier nyanyiannya, bakat yang dimiliki bintang
kelahiran program Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz Suip bukanlah
calang-calang. Ini terbukti pada usianya yang mencecah 24 tahun semalam,
pelbagai kejayaan dalam industri seni tanah air telah dicapai.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kejayaan yang saya kecapi hari ini.
“Kejayaan ini juga tidak akan tercapai tanpa bantuan dan sokongan
daripada ibu bapa dan juga peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis
Doa Kesyukuran Sempena Kejayaannya Sepanjang 2013, bertempat di Hotel
Hilton, Kuala Lumpur, kelmarin.
Mengulas lanjut mengenai kejayaannya itu, perjuangan pelantun
‘Bahagiamu Deritaku’ ini tidak hanya terhenti di situ apabila dia turut
menanam azam melebarkan sayap kariernya sehingga ke luar negara.
“Kalau boleh, tahun ini saya berazam untuk lebarkan lagi sayap karier
saya dengan membawa nama industri tanah air ke luar negara seperti mana
yang dilakukan beberapa artis lain seperti Yuna, Shila Amzah dan juga
Datuk Siti Nurhaliza.
“Buat masa sekarang, saya berada pada peringkat permulaan dan masih merangkak untuk cuba tembusi pasaran Indonesia.
“Walaupun agak sukar, namun dengan bantuan dan peluang yang diberi
pihak Warner Music di Indonesia, single saya bersama Datuk Rossa
diterima baik di sana dan itu adalah langkah pertama saya,” jelasnya
yang bakal tampil dengan single terbarunya berjudul ‘Kesimpulan’.
Sempena ulang tahunnya yang ke 24, semalam, Hafiz akan meraikannya
bersama kira-kira 50 orang peminat dengan melakukan aktiviti santai di
Bukit Cerakah, Shah Alam pada Ahad ini. SH
No comments:
Post a Comment