Jom Buat Duit

Sunday, 9 March 2014

Hanez Suraya sanggup bersemuka

BUKAN lagi seperti menjolok sarang tebuan namun, situasi yang sedang dihadapi wanita bernama Hanez Suraya kini tidak ubah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. Di kiri, kanan, atas dan bawah serta di sekelilingnya ada musuh-musuh yang sedang menunggu peluang untuk menghukumnya tanpa belas.

Dia dibenci bagaikan kupu-kupu malam yang tidak punya maruah. Dia dihumban dengan kata-kata nista dan keji yang dimuntahkan bersama bisa amarah dari hati dendam. Segala yang hitam, busuk dan jalang, semuanya dilontarkan kepada wanita berusia 29 tahun itu. Lihatlah betapa 'berdosanya' seorang wanita jika terjebak ke lembah cinta bersama suami orang.

Sejak dua minggu lalu, kontroversi status kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, bertiup kencang. Sehinggalah Ahad lalu, kemunculan seorang wanita bernama Nurliyana Abd. Manan mengejutkan ramai. Mengakui dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki yang kini mendampingi Hanez, Liyana turut menuduh Hanez sebagai perosak rumah tangganya yang dibina sejak lapan tahun lalu.

Di laman Instagram milik pelakon Autumn Di Hatiku itu, setiap hari beribu-ribu komen masuk pada setiap gambar yang dikongsikan bersama peminat. Ada yang tanpa segan meluahkan kata-kata kesat dan memanggilnya dengan nama-nama yang hina. Bahkan, ada juga yang berdebat mempersoalkan betul atau tidak perlakuan Hanez yang serius mahu menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki berstatus suami orang.

Tanpa mengenali Hanez secara intim, pelakon yang terkenal sebagai jurucakap produk kecantikan Aura White itu didekati penulis. Mengajaknya bercerita tentang pahit dan episod hitam yang sedang dijalani, Hanez mengakui dia hampir terduduk namun tidak pula membiarkan dirinya jatuh dan terus terjelepuk.
"Ini impak paling teruk yang pernah saya lalui sepanjang 10 tahun dalam industri. Rasa macam kena baling dengan batu pun ada, tetapi tidak membuatkan saya mengurung diri, cuma rasa malas nak keluar dari rumah. Saya sudah tahu semua situasi ini sejak mula kenal Romie, sebab itu saya tidaklah tertekan atau terkejut sangat.

"Sebab itulah saya buat sidang media pada hari Rabu lalu. Kalaulah saya seorang sahaja yang menjelaskan segala-galanya, siapa yang mahu percaya. Sekarang, setidak-tidaknya pihak lelaki, Romie bersama peguamnya sudah tampil memberikan keterangan. Saya lega kerana tidak sendirian berdepan situasi yang sulit ini, dia ada di sini saya," ujar Hanez cuba untuk menenangkan perasaannya.
Hubungan direstui keluarga

Kalau benar sekalipun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, wanita mana yang mampu bertepuk riang saat gelaran perosak, pemusnah dan perampas suami orang ditembak tepat ke mukanya. Inikan pula kata Hanez, 90 peratus daripada pendedahan yang dilakukan oleh Liyana (isteri kekasihnya) itu tidak benar.
"Walaupun saya belum berkahwin, tetapi sebagai wanita saya cuba memahami apa yang dirasai oleh pihak wanita berkenaan.

"Sejak dari awal perkenalan, Romie jenis yang berterus-terang tentang masalah yang sedang dihadapi bersama isteri. Tetapi, dia kenal saya bukanlah untuk menceritakan kesedihannya sahaja. Cuma dalam proses berkawan, dia tidak pernah berahsia dengan saya, tetapi saya tidak pernah masuk campur hal mereka. Tidak pernah juga saya menyuruh Romie menceraikan isterinya. Saya cuma minta bertenang dan fikirkan soal anak-anak.

"Terus-terang saya katakan, saya terpikat dengan keterbukaan dan kejujuran yang ditunjukkan Romie selama ini ini. Dia benar-benar serius mahu mencari seorang isteri. Dia bertemu keluarga saya dan saya dibawa bertemu keluarganya. Daripada situlah saya terfikir, mungkin jodoh saya telah sampai.

"Saya terima dia seadanya. Lainlah kalaulah saya mengenali Romie ketika dia sedang bahagia bersama isteri, kalau begitu, saya dengan relanya mengundur diri," jelas Hanez yang mengakui kali pertama mengenali Romie pada tanggal 20 Disember lalu.

Si lelaki dituduh curang dan dayus kerana mempertahankan kekasih bukannya isteri sendiri, manakala Hanez pula berdepan pelbagai gelaran yang tidak seronok didengar. Pendek kata, perhubungan Hanez dan Romie seolah-olahnya berdepan jalan buntu. Sementara menunggu keputusan perceraian Romie di mahkamah, Hanez terpaksa menunggu kepastian impian membina mahligai bahagia bersama lelaki yang baru dikenali sekitar tiga bulan lalu menjadi realiti.

"Soal jodoh di tangan Tuhan, apa yang paling penting bagi saya ialah restu daripada keluarga. Soal berapa lama berkawan itu bukan penghalang jodoh.
Jangan biadab

"Sebenarnya saya sedih dengan keadaan ini. Sedih dengan sikap orang luar yang sewenang-wenangnya menghukum saya dengan macam-macam penghinaan. Kalau setakat saya seorang sahaja tidak mengapa, ini sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya tahu orang sedang marah tapi janganlah biadab," ujar Hanez.

Persepsi umum, kebaikan dibalas dengan kebaikan manakala kejahatan juga akan dibalas dengan kejahatan. Tanpa tahu hujung pangkal perbuatan Hanez yang menjalin hubungan cinta dengan suami orang, mudah menimbulkan tanggapan negatif. Soal karma juga ditanyakan kepada Hanez.

"Kalau kita ikhlas dengan orang itu, dan orang itu ikhlas dengan kita, saya tidak perlu takut kepada balasan. Selama ini, saya juga pernah mengenali beberapa orang lelaki, walaupun tiada jodoh, saya tidak pernah mengaibkan sesiapa," kata Hanez tenang.

Jika diminta untuk bersemuka dengan Liyana, Hanez turut berani berbuat demikian. Bukan terlalu yakin bahawa kebenaran memihak kepadanya, namun, pengakuan Romie bersama peguamnya tempoh hari sedikit sebanyak memperbetulkan keadaan. Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters