Jom Buat Duit

Monday 7 May 2012

Petinju negara diserang


JOHOR BAHRU - Petinju negara yang pernah menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Laos 2009, Muhamad Farkhan Mohd. Haron, 24, mengalami beberapa kecederaan di badan selepas diserang sekumpulan lelaki di Taman Molek di sini semalam.

Akibat kecederaan itu, atlet kelahiran Johor yang turut dicalonkan sebagai Olahragawan Kebangsaan bagi Anugerah Sukan Negara Majlis Sukan Negara (MSN) 2011 baru-baru ini dirawat di Hospital Pakar Puteri di sini.

Difahamkan kejadian yang menimpa Muhamad Farkhan berlaku pada pukul 5 pagi semasa atlet itu dan rakan-rakannya menonton perlawanan final Piala FA antara Chelsea dan Liverpool di sebuah restoran.
Perlawanan itu menyaksikan pasukan The Blues menewaskan The Reds 2-1.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan Muhamad Farkhan masih dirawat di sebuah hospital di sini.
"Punca kejadian dan apa sebenarnya berlaku saya tidak pasti kerana belum mendapat laporan penuh," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters