Jom Buat Duit

Wednesday 9 May 2012

Nurul Akhiri zaman ibu tunggal


KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, akan mendirikan rumah tangga semula dengan lelaki yang berasal dari Perancis, Eric Daniel Depp, 47, bulan depan.

Menurut Nurul, majlis akad nikah akan berlangsung pada 6 Jun ini di sini, namun dia belum bersedia untuk memberitahu lokasi yang bakal merakamkan detik bahagianya itu.

Katanya, dia dan Eric berkenalan dua tahun lalu dan sepanjang tempoh itu mereka saling memahami.

“Apabila kita sudah berjumpa orang yang sesuai di hati maka secara tidak langsung tiada apa yang menjadi halangan lagi untuk saya memulakan semula alam rumah tangga buat kali kedua.


“Kami menerima diri masing-masing seadanya. Keluarga Eric juga dapat menerima saya dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters