Jom Buat Duit

Wednesday 9 May 2012

Maher Zain datang lagi


SELEPAS menggegarkan Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November lalu, penyanyi yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi lagu berunsur ketuhanan, Maher Zain akan kembali mengadakan konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 Jun ini, jam 8 malam.

Menariknya konsert kali ini, penyanyi yang berasal Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti Insya-Allah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.


Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher untuk mempromosikan album terbarunya itu. Konsert anjuran Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment itu pasti amat dinantikan peminatnya di sini kerana kali terakhir Maher mengadakan konsert berskala mega sekitar Februari tahun lalu iaitu Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang mendapat sambutan hangat dengan bilangan 7,000 penonton.

Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian di www.ticketcharge.com.my.


Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut : VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan dengan Maher Zain. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts Facebook fan page.

Konsert istimewa ini ditaja bersama oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di laman sesawang www.marctensia.com atau http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters