Jom Buat Duit

Wednesday 9 May 2012

Buruh Bangladesh maut ditetak

Anggota polis memeriksa mayat Bangladesh yang maut di lokasi kejadian.
Anggota polis memeriksa mayat Bangladesh yang maut di lokasi kejadian.
Anggota polis menggunakan beg plastik bagi menutup mayat mangsa yang terbunuh di lokasi kejadian.
Anggota polis menggunakan beg plastik bagi menutup mayat mangsa yang terbunuh di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR: Dua buruh warga Bangladesh maut selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan parang dan sabit dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Imbi di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dua mangsa berusia lingkungan 30-an itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah berhampiran kawasan berkenaan bersama 18 lagi rakan senegara mereka apabila diserang dua suspek.
Seorang daripada mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian leher maut di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kira-kira 20 minit kemudian.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia melihat mangsa rebah selepas ditetak berulang kali di bahagian leher seorang daripada suspek.


“Manakala, rakannya yang cedera di perut berjaya melarikan diri sejauh 50 meter dari tempat kejadian ke stesen minyak berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa sempat meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum rebah,” katanya memberitahu 18 lagi rakan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas diserang dua lelaki terbabit.

Menurutnya, pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum membawa mangsa yang tercedera ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Katanya, motif sebenar serangan itu masih disiasat namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan masalah di tempat kerja.

Tambahnya, mayat mangsa di hantar ke HKL untuk bedah siasat dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters