Jom Buat Duit

Thursday 17 May 2012

Lady Gaga tiba di Taipei


 LADY GAGA berjalan di depan para peminatnya semasa dia memasuki sebuah hotel di Taipei semalam.

TAIPEI - Penyanyi terkenal, Lady Gaga tiba di sini semalam dengan sebuah pesawat sewa khas bagi memenuhi janjinya untuk membuat persembahan di Taiwan, menurut satu laporan semalam.
Menurut laporan laman berita Focus Taiwan News Channel, pesawat yang dinaiki Lady Gaga, 26, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei.

Dia kelihatan memakai pakaian berwarna hijau dan cermin mata gelap.
Para peminat penyanyi berimej pelik itu berkumpul di luar lapangan terbang tersebut.
Bintang pop itu tidak bercakap dengan pemberita tetapi dia melambaikan tangan sebelum menuju ke hotel penginapannya.

Semasa tiba di hotel, dia beramah mesra dengan para peminat dan menandatangani autograf.
Penyanyi lagu Poker Face itu akan membuat persembahan pada hari ini dan esok di Dewan Pameran Nangang di sini.

Setiap tiket berharga AS$433.9 (RM1,353).
Konsert tersebut merupakan janji Lady Gaga kepada para peminatnya di Taiwan selepas konsert mininya di Taichung pada Julai tahun lalu.
Kelmarin, polis Indonesia semalam enggan membenarkan konsert penyanyi terkenal, Lady Gaga diadakan di Jakarta.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters