Jom Buat Duit

Sunday 6 May 2012

Jangan main-main dengan saya - Zed Zaidi

BIARPUN memegang jawatan timbalan presiden Seniman, namun suara Zed lebih banyak kedengaran bebanding Presiden sendiri. 

SEDERHANA dalam lakonan tidak bermakna Zed Zaidi harus bersederhana juga dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam berpesatuan.

Sejak awal April lalu, Zed memanaskan industri hiburan tempatan. Semuanya gara-gara kelantangannya mempersoalkan kemenangan bintang dari Singapura, Aaron Aziz yang diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2011. Akibat kenyataannya, Zed dikecam banyak pihak.

Tidak berganjak dengan apa yang telah dimulakan, Zed meneruskan agenda itu secara berpersatuan.
Apatah lagi kuasa Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang dipegangnya digunakan sebaik mungkin untuk menjadi hero buat penggiat seni sehingga ada pihak yang mendakwa dia mendahului Presidennya, Harun Salim Bachik.

Belum selesai dengan isu mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz, kini timbul pula spekulasi tentang hubungan profesionalnya dengan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik itu.
Minggu lalu, Harun membuat pengumuman tidak lagi mahu bertanding dalam merebut jawatan presiden Seniman yang diadakan pada 26 Mei ini.

Ada pihak menyatakan bahawa tindakan Harun itu berikutan sikap Zed yang sering mendahuluinya dalam membuat keputusan.

Bagaimanapun, dalam konteks Zed, dia mendakwa terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan kerana terlalu sibuk dengan aktiviti Seniman. Karismanya kini dilihat lebih menyerlah dalam berpersatuan berbanding dunia lakonan.
Bukan sahaja sibuk menyusun jadual untuk menganjurkan majlis minum petang warga Seniman bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tetapi Zed kini memberikan perhatian kepada tuntutan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) untuk mendesak stesen televisyen menaikkan bayaran.

Sensasi Bintang: Zed semakin kurang berlakon, mahu pencen berlakon barangkali?
ZED ZAIDI: Saya agak sibuk dengan Seniman. Sejak terlibat aktif dengan Seniman, saya terpaksa menolak tawaran lebih 30 buah drama. Tapi itu bukan bererti saya sudah tidak berlakon, buat masa ini saya menerima tawaran yang sesuai dengan masa saya. Drama terakhir lakonan saya ialah Apa Celop yang ditayangkan di TV3. Kini masih terpaksa menolak tawaran lain.

Sejauh mana cakap-cakap yang mendakwa Harun Salim Bachik enggan mempertahankan jawatan presiden Seniman disebabkan Zed?
Kami tiada apa-apa masalah. Harun ada memberitahu, dia sibuk dengan aktiviti seni, semua itu ditambah dengan masalah kesihatan. Biarpun orang nampak saya banyak bersuara, tetapi saya tetap menghormati presiden. Setiap tindakan yang saya lakukan sudah mendapat persetujuan presiden terlebih dahulu.
Anda dilihat lebih banyak bersuara berbanding Harun. Mahu ambil alih jawatan presiden?
Komen-komen saya adalah untuk Seniman, semuanya untuk membela semua artis kerana suara persatuan lebih kuat berbanding suara individu.

Pemilihan jawatan kuasa Seniman akan berlangsung tidak lama lagi. Ada usaha melobi?
Saya tidak kisah terpilih atau tidak. Jika mereka percaya saya boleh membela mereka, saya akan berusaha melakukannya. Itu satu amanah.
Isu artis luar masih kedengaran hingga kini. Sampai bila anda mahu memperjuangkan perkara itu?
Selagi ia tidak selesai jangan harap saya akan berhenti. Saya akan terus mendesak pihak berkaitan untuk terus membuat keputusan agar hak artis kita dilindungi. Jika tidak selesai juga saya akan membawa isu ini ke peringkat Parlimen. Saya sudah bertemu dengan seorang ahli parlimen tentang perkara ini. Insya-Allah jika tiada aral isu ini akan diangkat pada sesi depan.

Dalam bahasa mudah, sebenarnya boleh atau tidak artis luar berkerja di negara ini?
Bukan tidak boleh, cuma mereka perlu mengikut undang-undang. Jika orang luar mahu bekerja di negara ini, mereka kena ada permit. Bila permit mati, kena baharui. Bukan main suka hati sahaja. Ikut dan hormati undang-undang kita. Jika saya ke negara luar, saya perlu mengikut undang-udang mereka, kenapa tidak buat perkara sama terhadap artis asing. Bukan mahu menyekat, cuma perlu ada had.

Sumber daripada sebuah stesen televisyen swasta ada menyatakan bahawa artis luar tersebut mempunyai permit untuk bekerja di sini. Apa komen anda?
Kalau ada permit tunjukkan bukti dan sila jelaskan daripada mana permit itu dikeluarkan. Jangan main-main dengan saya, saya tahu perihal undang-undang dan saya bercakap atas fakta undang-undang yang tertulis.

Usaha PTVM menuntut pihak stesen televisyen menaikkan bayaran semakin kuat bergema. Apakah penglibatan anda dalam perkara ini?
Memang patut PTVM perjuangkan isu itu kerana itu hak kami sebagai penggiat seni. Kami sebenarnya ditindas oleh stesen televisyen dengan bayaran yang sangat tidak setimpal berbanding 17 tahun lalu. Mereka harus sedar bahawa kami bukan bekerja sendiri, ramai yang terlibat dan mereka perlu dibayar. Kami memberi mereka tempoh dua minggu untuk membuat keputusan, jika tidak piket besar-besaran akan diadakan di hadapan mana-mana stesen televisyen yang dirasakan patut.

Wajarkah piket itu dilakukan. Kenapa tidak diselesaikan secara rundingan?
Tempoh dua minggu sudah cukup untuk menyelesaikan perkara ini dengan aman. Tetapi jika tiada maklum balas positif yang diterima, piket ialah satu-satunya tindakan paling berkesan untuk membuka mata mereka.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters