Jom Buat Duit

Sunday 6 May 2012

Black Widow wajah Scarlett


"SAYA adalah segalanya tentang fesyen, burger keju dan gincu merah," akui Scarlet Johannson tentang dirinya.
Menganggap dirinya seorang yang obses, aktres yang pertama kali muncul dengan filem North pada usia sembilan tahun itu turut mengaku karakter tersebut adalah resipi kepada kejayaannya kini.

Dikenali selepas muncul melalui filem The Horse Whisperer arahan Robert Redford, nama Scarlett mekar pada tahun 2002 apabila muncul melalui filem Lost In Translation arahan Sofia Coppola.
Diintai oleh ramai sutradara selepas itu, karakter dan keperibadian Scarlett turut menarik perhatian pengarah terkenal Woody Allen. Scarlett kemudian muncul dalam beberapa filem Woddy seperti Scoop, Match Point dan Vicky Christina, Barcelona.

Woody, malah menganggap Scarlett merupakan seorang yang penuh pesona, bijak dan menghiburkan.
"Saat dia melangkah kaki masuk ke set, dia menghidupkan suasana. Dia sangat bagus dan berbakat. Dia boleh menyanyi, melakukan perkara-perkara yang dramatik dan lucu. Kalau ada satu-satu karakter untuk dilakonkan, dia adalah pilihan pertama saya," ujar Woody tentang Scarlett.

Terbaru, pelakon yang selalu diiktiraf sebagai aktres seksi itu muncul dengan filem The Avengers membawakan watak Natasha Romanoff atau Black Widow. The Avengers juga menampilkan Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo dan Samuel L. Jackson.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters