Jom Buat Duit

Monday 2 April 2012

Yingluck Shinawatra Dukacita


BANGKOK: Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, semalam melahirkan rasa dukacita kepada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera dalam serangan bom kereta di Yala dan Hatyai, Songkhla, kelmarin.
Menurutnya, beliau serta-merta mengerahkan Ketua Polis, Jeneral Priewpan Damapong, ke selatan negara itu sebaik mengetahui kejadian, bagi menyelaraskan siasatan dan tugas berkaitan dengan gabenor wilayah.

Empat belas orang terbunuh dan 500 lagi cedera apabila beberapa siri letupan berlaku sejurus selepas tengah hari kelmarin.
Yingluck juga berkata, lebih ramai polis akan dikerah untuk mengawal tempat awam bagi menyediakan keselamatan bersama-sama dengan tentera.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Tentera Thai berlepas ke selatan untuk membantu Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan bagi menyiasat dan merancang langkah mengelak serangan seumpama itu berulang.

Ketika ditanya sama ada kerajaan memperoleh maklumat berhubung kedua-dua kejadian atau ada warga asing terbabit, Yingluck berkata, pasukan keselamatan mengetahui kumpulan yang bertanggung jawab tetapi enggan mendedahkannya untuk mengelak mengganggu siasatan.

Dalam kejadian kelmarin, sebuah kereta berisi bom diletupkan di tingkat bawah Hotel Lee Gardens Plaza menyebabkan kebakaran merebak hingga ke sebuah pusat beli-belah, membunuh tiga orang, termasuk seorang pelancong Malaysia.

Gabenor Songkhla, Grisada Boorach, berkata 416 orang cedera, kebanyakannya kerana terhidu asap dan sehingga semalam, 146 masih dirawat di hospital.

Hingga kini, Hatyai dan Songkhla hampir tidak terjejas dengan keganasan menuntut kemerdekaan yang meragut ribuan nyawa di wilayah jiran yang mempunyai majoriti penduduk Islam iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat.

Letupan di hotel di Hatyai itu berlaku kira-kira sejam selepas dua bom kereta meletup di Yala.

Setakat ini, di Yala, seramai 11 orang terbunuh, kata jurucakap Kementerian Kesihatan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters