Jom Buat Duit

Tuesday, 3 April 2012

Misteri Hantu Bukit Cina


FILEM Hantu Bukit Cina sebenarnya dibuat dua tahun lalu tetapi baru kini filem itu bakal menjengah pawagam. Pengarahnya, TS Jeffrey berkata, kelewatan filem itu untuk menemui penonton disebabkan masalah memasukkan suara pelakon dek kerana kesibukan masing-masing.
Pada masa sama, Jeffrey dan pengarah bersama filem itu, Norliza Ismail, sendiri begitu sibuk mengarah drama.

“Penggambaran hanya mengambil masa 20 hari saja tapi sebaik saja penggambaran filem itu selesai, masing-masing terus ada komitmen lain. Selain mengarah drama, saya juga berlakon. Sebab lain adalah kerana pembuatan Imej Janaan Berkomputer (CGI) untuk filem ini.

“Oleh kerana itu Hantu Bukit Cina pun lewat dua tahun untuk ditayangkan di pawagam. Ini pun kami masih belum dapat tarikh untuk tayangan filem tapi saya sangat berharap ia dapat memasuki pawagam pada tahun ini juga.


“Memandangkan ia filem pertama arahan saya, saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini. Asal balik modal pun sudah memadai untuk saya dan produser filem ini iaitu Award Makers Sdn Bhd.

“Kalau ditanya apakah istimewanya Hantu Bukit Cina, susah untuk saya menjawabnya. kenalah tengok sendiri keistimewaannya.

“Kami memilih untuk menerbitkan filem seram kerana peminatnya sentiasa ada. Ramai yang suka menonton filem hantu. Sebelum ini Award Makers banyak menerbitkan rancangan televisyen ada ini adalah percubaan pertama syarikat menghasilkan filem. Selepas Hantu Bukit Cina, syarikat merancang untuk menghasilkan lebih banyak filem dalam pelbagai genre,” katanya.

Jeffrey ditemui selepas sidang media Tamat Pasca Produksi dan Ramah Mesra bersama pelakon filem itu di Pavilion, baru-baru ini.

Hadir sama produser filem itu, Richard Ung dan Jamal Mohideen serta pelakonnya seperti Fouziah Gous (sebagai Jo), Siti Fazurina (Luna), Gambit (Zack), Emelda Jovinia Jusmin (Sandra), Kamarool Jusoh (Pak Hitam), Tunku Nor Hanis (Maya), Amir Raja Lawak, Shahriza Mahmud, Yang Kassim dan Jeffrey sendiri.

Tambah Jeffrey, dia adalah peminat tegar filem Melayu dan apabila ia mendapat tawaran untuk mengarahkan filem itu, dia memasukkan formula filem yang berjaya mendapat kutipan ‘pecah pangung’.

“Saya gabungkan elemen seram, komedi, cinta, sindiket menjual binatang eksotik, aksi dan skandal. Kisah hantu itu timbul apabila 20 tahun lalu rumah tangga pasangan berbangsa Cina yang tinggal di sebuah kampung menjadi bualan ramai kerana isterinya ada skandal dengan lelaki lain.

“Namun suaminya sudah terkena ubat guna-guna dan jadi seperti orang bodoh. Dia tidak percaya isterinya curang. Suatu hari ketika dia balik ke rumah dia melihat orang kampung berada di luar rumahnya. Mereka cakap mereka ternampak seorang lelaki berada di rumah bersama isterinya.

“Lelaki itu terus naik ke rumah dan mendapati isterinya sedang berasmara dengan lelaki lain. Lelaki itu sempat lari tapi suami isteri itu mula bergaduh sehingga menyebabkan isterinya terbunuh. Lalu roh isterinya tidak tenteram dan sejak itu mengganggu orang kampung,” jelasnya.

Hantu Bukit Cina bermula dengan kisah tiga remaja, Jo, Luna dan Sandra yang terpaksa mengikuti kursus tarian kebudayaan di Pantai Timur namun ketinggalan bas. Ini memaksa mereka menumpang kenderaan Kent dan Zack yang ingin pergi memancing. Dalam perjalanan, kereta mereka tiba-tiba rosak di kawan yang disifatkan oleh penduduk setempat bagai kawasan yang ‘keras’. Selepas itu banyak misteri terbongkar mengenai kejadian seram yang terjadi.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)