Jom Buat Duit

Tuesday 10 April 2012

Lindsay Lohan cetus masalah baru


LOS ANGELES: Dia baru saja selesai menjalani tempoh percubaan akhir Mac lalu tetapi Lindsay Lohan sudah dituduh mencetuskan masalah lain apabila bertengkar dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.
Menurut TMZ, kejadian itu berlaku awal minggu ini apabila mangsa membuat laporan mengenainya di Jabatan Syerif Hollywood Barat, petang semalam.

Sumber memberitahu laman web berkenaan, Lindsay, 25, bertengkar dengan seorang pengunjung kelab, malam Jumaat lalu kerana tidak gembira wanita itu bercakap dengan rakan lelakinya.
Sumber polis berkata, mereka akan menyiasat dakwaan wanita itu yang mengatakan Lindsay menumbuk belakang tubuhnya ketika dia bercakap dengan rakan lelaki aktres berkenaan bagi memastikan ia benar atau sebaliknya.

Bagaimanapun, jurucakap Lindsay mengatakan dakwaan itu tidak benar.

Steve Honig berkata: “Lindsay sama sekali tidak terbabit dengan sebarang pertengkaran. Ini adalah satu lagi kes seseorang yang mahukan wang dan mencari populariti 15 minit.” Tempoh percubaan Lindsay dibatalkan selepas empat tahun dan hakim menegaskan dia perlu berhenti ke kelab malam. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters