Jom Buat Duit

Tuesday 3 April 2012

Katrina Kaif sembunyi tatu?



KATRINA (dengan kakinya berbalut) di samping pengarah Prakash Jaa pada satu majlis hiburan di Mumbai, India baru-baru ini. 


SELEPAS menghilangkan diri daripada Mumbai, India iaitu pusat perfileman Bolywood selama kira-kira sebulan, Katrina Kaif kini muncul semula, tetapi dengan kaki kanannya berbalut.

Selain timbul spekulasi bahawa dia sedang menyembunyikan tatu pada kakinya itu, gosip lain pula mengatakan Katrina sebenarnya bergegas dari lokasi penggambaran filemnya dan terlupa untuk membuang balutan luka pada kaki kanannya itu.

Bagaimanapun jurucakap Katrina berkata, balutan luka itu disebabkan kecederaan yang dialami ketika di set lokasi penggambaran filem terbaharunya.

"Kaki kanan Katrina mengalami sedikit lebam akibat kecederaan yang dialami di set penggambaran filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan yang menjalani penggambaran di London. Dalam beberapa babak, Katrina perlu menunggang motosikal kuasa besar," ujar sumber.

Sebelum itu, Katrina juga menjalani penggambaran di Cuba untuk filem Ek Tha Tiger, gandingannya bersama Salman Khan dan dia juga kini sedang membuat persediaan untuk melakonkan watak ahli gimnastik dalam filem Dhoom.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters