Jom Buat Duit

Sunday 1 April 2012

Britney Spears rugi RM8 juta jual rumah


LOS ANGELES: Britney Spears dilaporkan mengalami kerugian untuk kediamannya yang dijual ketika pasaran hartanah mengalami kelembapan.
Bintang pop berusia 30 tahun itu menjual kediamannya Vila Tuscan di Beverly Hills dengan harga AS$4.3 juta (RM12.9 juta).

Kediaman terletak di kawasan kejiranan eksklusif di The Summit yang berkeluasan 9,000 kaki persegi itu mempunyai enam bilik tidur dan enam kamar mandi, gazebo dan bilik pembantu. Britney pada asalnya membayar RM20.4 juta untuk hartanah terbabit dan kerugian banyak wang dalam perjanjian jual beli itu.
“Rumah itu sudah dikeluarkan daripada iklan di pasaran sejak tahun lalu selepas bertahun-tahun tidak laku dibeli,” satu sumber memberitahu Radar Online. “Kediaman itu menjadi satu kerugian besar buat Britney kerana dia membelinya ketika pasaran hartanah melambung,” katanya.

Bapa Britney, Jamie yang bertindak sebagai penjaganya menguruskan semua hal ehwal mengenai penyanyi itu termasuk hartanya. Jamie memikirkan keputusan menjual hartanah berkenaan adalah yang terbaik buat anaknya itu. “Britney dan bapanya sedar mereka terpaksa mengalami kerugian dan bersedia untuk itu,” kata sumber berkenaan.

Rumah itu tidak mempunyai apa-apa kecuali kenangan buruk buat Britney dan dia tidak lagi tinggal di situ sejak 2007 dan hanya dibiarkan kosong. - BT

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters