Jom Buat Duit

Monday 12 March 2012

Shahrizat undur sebagai menteri



SHARIZAT 

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.

Katanya, surat berhubung perkara itu yang berkuat kuasa pada 8 April telah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya mahu melakukan perkara yang betul. Saya berfikir untuk diri saya sekarang, perkara yang betul ialah berundur sebagai menteri Kabinet. Masanya telah tiba.
"Saya juga mahu memastikan bahawa apa jua keputusan yang saya buat adalah keputusan yang tepat. Ia adalah keputusan saya sendiri," katanya selepas merasmikan majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN di sini semalam.
Ditanya sama ada keputusan itu dibuat berikutan isu dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan isu itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters