Jom Buat Duit

Friday, 16 March 2012

Rem enggan menyerah


SEMANGATNYA tidak pernah luntur. Meskipun, Selalu Ada sebuah single yang diharapkan dapat melonjakkan kembali kerjaya nyanyiannya kurang berhasil, pemilik vokal unik itu enggan menyerah kalah.
Kobaran hatinya dapat dirasai sewaktu kehadiran Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 38, memenuhi sesi fotografi di Balai Berita, baru-baru ini.
Kunjungannya itu turut berbekalkan single baru, Nanti Bila Kaya (NBK).

Mendengar judulnya saja, sudah cukup mengundang tawa kecil, sekali gus membangkitkan keterujaan untuk membongkar kisah di sebalik penceritaan lagu itu.


“’Style’ muzik sekarang sudah berubah baik dari segi penciptaannya
mahupun judul. Generasi masa kini sukakan muzik yang ring�kas dan mesra pendengar.

“Sebagai penghibur khususnya orang lama, kita perlu peka, terbuka dan paling penting menerima hakikat perubahan ini. Muzik tidak akan berubah untuk kita, sebaliknya kita yang kena memajukan muzik supaya tidak statik di takuk lama,” katanya.

Menurut Rem, NBK salah sebuah lagu ditulis sepenuhnya oleh Ajai. Lagu itu pernah dinyanyikan pelantun Selingkar Kasih itu sewaktu pelancaran program Key�note, dua tahun lalu.

Menjurus kepada konsep ‘free pop’, NBK bukan berkisar wang ringgit, sebaliknya merungkai percintaan yang terjalin melalui laman sosial, facebook.
Hakikatnya, laman sosial yang menghubungkait�kan orang ramai memberi impak
besar pada masyarakat seluruh dunia.

Pun begitu, jika diamati barangkali ada yang menyang�kakan lagu ini terlalu ‘muda’ buat Rem selain permainan vokal penyanyi kelahiran Sarawak itu tidak dimanfaat�kan sepenuhnya. Seperti diketahui ramai, Rem antara penyanyi lelaki yang memiliki vokal cukup unik dan tersendiri.

Selain lagu balada Selingkar Kasih, mengimbau kembali rentetan kerjaya Rem 14 tahun lalu, dia pernah popular dengan sebuah lagu rancak, Semua Orang Tahu atau SOT. Justeru, apakah NBK ini mempunyai elemen yang serupa?

“Isu persamaan itu saya serahkan kepada peminat menilainya. Bagi saya sendiri ia sangat berbeza. Saya akui lagu ini selera anak muda, baik dari segi pengkhususan muziknya, lirik berkisar laman sosial yang menjadi ‘trend’ sehinggalah cara nyanyian saya yang banyak menggunakan teknik berbisik.

“Biasanya, saya menyanyi lagu bernada tinggi, tetapi untuk lagu ini, nyanyian saya rileks. Sama ada konsep bersesuaian umur mahupun tidak, saya mempunyai pandangan dan pendirian sendiri iaitu muzik tidak mengenal usia.

“Saya tidak pernah membataskan pengetahuan atau selera pada muzik. Saya mendengar semua genre muzik dan layan lagu anak-anak muda sekarang kerana dengan cara itu, kita tahu apa yang dikehendaki pasaran.

“Jika terus-terusan dibe�leng��gu cara lama atau sesetengahnya menetapkan prinsip ia menyukarkan lagi laluan penyanyi senior seperti kami untuk menembusi pasaran yang dimonopoli mereka. Bagaimana nak bersaing secara sihat dengan artis baru yang cukup kreatif?,” katanya.

Bagi yang mengikuti perkembangan karier seni Rem, pastinya tahu penyanyi bersuara serak dan lantang itu pernah bergelar penyanyi kelab sebelum menjadi artis. Justeru, dia biasa mendengar pelbagai jenis dan rentak lagu.

“Penyanyi yang bagus adalah penyanyi yang versatil dan boleh menyampaikan apa jua jenis lagu. Pendek kata, muzik sama seperti fesyen iaitu fesyen berubah-ubah mengikut zamannya. Jika tidak mencuba fesyen yang baru, bermakna kita akan terus berada di takuk lama,” katanya.

Dengan keterbukaan dan perubahan yang dilakukan, Rem berharap single ini diterima peminat dan diberi ruang oleh stesen radio tempatan untuk mempromosikannya. Malah, dia berharap lagu ini dapat menebus sambutan dingin single terdahulu, Selagi Ada yang turut menampilkan hasil ciptaan Ajai.

“Lagu ini adalah hadiah saya kepada peminat yang sering bertanya bilakah saya akan muncul dengan album baru. Insya Allah, jika lagu ini diterima baik, saya mahu menghasilkan sebuah album baru .

“Saya merancang menghasilkan lagu sendiri untuk album baru nanti. Menerusi album sebelum ini, saya pernah mencipta beberapa lagu antaranya Pendusta Cinta dan Dimana,” katanya.

Tempoh 14 tahun bertahan bukan satu jangka masa yang singkat. Namun, Rem bersyukur dua lagu hit Selingkar Kasih dan SOT salah satu sebab utama dia masih kekal sehingga hari ini.

“Rasanya lagu itu sudah ratusan ribu kali saya menyanyikannya. Setiap kali membuat persembahan. Selingkar Kasih dan SOT mesti ada ‘demand’ daripada peminat,” katanya.

Tidak hanya dikenali sebagai penyanyi, Rem juga pernah menceburi bidang lakonan. Bagaimanapun kebelakangan ini, dia bagaikan sudah tidak lagi aktif.

“Ada tawaran, tetapi pada usia sebegini saya merasakan perlu untuk memilih watak yang bersesuaian dan mampu menonjolkan diri saya serius sebagai anak seni,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters