Jom Buat Duit

Saturday 10 March 2012

Pengantin baharu tidur lokap



DIN (kanan) menunjukkan sebahagian sijil cuti sakit palsu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Batu Pahat, Johor semalam


BATU PAHAT – Seorang runner yang sering berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah ini diberkas kerana disyaki mengaut keuntungan dengan menjual sijil cuti sakit palsu mempunyai cap hospital kerajaan yang dihasilkan sendiri.
Suspek lelaki berusia 27 tahun dan baru berkahwin dengan seorang pegawai sebuah bank ditahan di rumahnya di Jalan Damai di sini kelmarin.

Dia dipercayai telah mengaut keuntungan sehingga RM1,500 hasil menjual 100 keping sijil cuti sakit palsu pada harga RM15 sekeping.
Semua sijil cuti sakit palsu yang dijual suspek mempunyai cap Hospital Batu Pahat atau cap Klinik Kesihatan Bagan berserta nama penolong atau pegawai perubatan bertugas di hospital atau klinik kesihatan terbabit.

Bagaimanapun, siasatan mendapati penolong dan pegawai perubatan terbabit tidak terlibat dengan kegiatan suspek itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek mengaku membuat sijil cuti sakit palsu dengan menggunakan mesin pencetak biasa di rumahnya di sini.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters