Jom Buat Duit

Thursday, 1 March 2012

Melinda derita jadi madu

JAKARTA: Penyanyi lagu 'Cinta Satu Malam,' Melinda (gambar) merasakan pahitnya menjadi isteri kedua.
Sudah sebelas bulan Melinda tidak berhubungan dengan suami, Ketua Daerah Cirebon, Dedi Supardi.

Ketika perbicaraan di Pengadilan Agama di Jakarta Selatan, Melinda mengaku rumah tangganya sudah tidak boleh dipertahankan lagi.

Lebih menarik lagi, penyanyi berkenaan mendakwa dia menjadi mangsa penipuan Dedi.

“Dia memberitahu saya dia sudah tidak tinggal bersama isterinya selama lima tahun.

“Saya memang melihat dia tinggal bersendirian. Saya tidak pernah bertemu dengan isterinya,” kata Melinda.


Melinda yang nama penuhnya Eka Melinda, juga memberitahu mahkamah, Dedi berjanji akan menikahinya secara rasmi selepas tempoh perkhidmatannya berakhir.

Tetapi kerana sering bertengkar, Melinda akhirnya meminta cerai. “Saya tidak mahu menunggu dia berhenti kerja. Kami sudah tidak ada keserasian,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan berkata, dia tetap mahu berkahwin secara rasmi dengan Dedi sebelum bercerai.

Menurutnya, perkahwinan itu ialah untuk anak mereka, Maharani yang baru berusia setahun.

“Kerana anak, saya akan melakukan apa saja. Hak anak itu yang paling utama dan dapat pengakuan daripada bapanya. Dengan keputusan mahkamah, saya semakin yakin dapat memperjuangkan hak Maharani,” katanya, Melinda juga mendakwa dia tidak diberi nafkah oleh Dedi selama 11 bulan. Katanya, Dedi tidak lagi memberi perhatian kepadanya dan Maharani.

Persidangan semalam ditangguh kerana Dedi tidak hadir. - DH

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters