Jom Buat Duit

Wednesday 11 January 2012

Tak sempat merompak

PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat penjenayah, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat  penjenayah yang ditembak mati.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak mati.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.
Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.

Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar.

“Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters