Jom Buat Duit

Saturday 7 January 2012

Peminat Michael Jackson di Perancis saman bekas doktor

PARIS: Peminat Michael Jackson di Perancis mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman bekas doktor bintang pop itu kerana ‘kerosakan emosi’ yang mereka alami selepas kematiannya.
Kes terhadap Conrad Murray itu yang dipenjara November lalu berhubung kematian Michael pada 2009, dijadual dibicarakan di Orleans pada 11 April, kata peguam peminat berkenaan, Emmanuel Ludot.

“Ia adalah sama dengan kehilangan seorang rakan zaman kanak-kanak dalam satu kemalangan jalan raya. Kerana kematian itu, ia menjejaskan anda. Anda mempunyai kemungkinan untuk memfailkan saman dan mendapatkan pampasan,” kata Ludot.
Peguam berkenaan mewakili kira-kira 100 peminat yang menjadi anggota persatuan yang menggelar diri mereka ‘Komuniti Michael Jackson.’ Ludot berkata, meskipun setiap peminat itu mungkin diberikan pampasan sehingga RM39,000, mereka hanya ingin mendapatkan satu euro simbolik.

Jackson yang berusia 50 tahun ketika mati, membayar Murray gaji berjumlah RM450,000 sebulan untuk menjaganya ketika dia menjalani latihan untuk siri konsert ‘This is It’ di London. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters