Jom Buat Duit

Monday, 9 January 2012

Pakar bedah Belgium lakukan pemindahan wajah pertama

BRUSSELS: Pakar bedah Belgium berjaya menjalankan pemindahan wajah pertama di negara itu - atau yang ke-19 di dunia, lapor media, semalam.
Pegawai Hospital Universiti Ghent berkata, sekumpulan 65 pakar bedah dan kakitangan perubatan menjalankan prosedur itu selama 20 jam minggu lalu.

Katanya, pembedahan itu dijalankan ke atas seorang lelaki yang mengalami kecacatan wajah serius.
Ketua pembedahan, Philip Blondeel, berkata lelaki terbabit kini berada dalam keadaan baik, enam hari selepas menjalani prosedur itu.

“Dia mula boleh menelan sedikit air,” katanya.

Blondeel berkata, lelaki itu juga boleh bercakap dan ia menunjukkan pemulihan lebih cepat daripada jangkaan. Lelaki itu dilaporkan kehilangan kulit di bahagian tengah muka, selain bibir, otot wajah dan saraf. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)