Jom Buat Duit

Tuesday 3 January 2012

Justin Timberlake dan Jessica Biel Bertunang?




PENYANYI Justin Timberlake dan Jessica Biel dikhabarkan sudah bertunang hanya beberapa hari selepas bekas teman wanita Timberlake, Britney Spears mengumumkan pertunangannya.
Timberlake dilaporkan mengajukan lamarannya kepada aktres Valentine’s Day, Jessica ketika percutian pra-Krismas di Wyoming. 
Menurut butik barang kemas Tayloe Piggott Jewelry di Wyoming, Timberlake mengajukan semua soalan penting pada malam Isnin lalu ketika mereka menginap di pusat peranginan lima bintang Amangani di negeri itu.

Butik itu menulis di laman Facebooknya: “Terdapat khabar bahawa Justin Timberlake melamar Jessica Biel di Amangani malam tadi!”

“Kami memilih hadiah pertunangan untuk mereka sekiranya mereka datang ke mari. Cuba untuk bertenang.”

Sementara itu, ejen perhubungan awam di New York, Kyle Schaffer menulis di laman Twitter: “Saya suka kerana tiada media yang tahu mengenai pertunangan Justin Timberlake dan Jessica Biel. Faedahnya bekerja sebagai PR.

Timberlake dan Jessica kembali berpacaran awal tahun ini selepas berpisah dalam tempoh singkat.

Pasangan itu mengumumkan Mac lalu bahawa mereka memerlukan ruang dalam perhubungan mereka selepas mula berpacaran sejak 2007.

Satu kenyataan waktu itu berbunyi: “Merujuk kepada spekulasi media mengenai hubungan Jessica Biel dan Justin Timberlake, kami mengesahkan mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

“Kedua-duanya kekal sebagai kawan dan masih saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.”

Mereka dikatakan menyemarakkan semula hubungan cinta kedua-duanya pada hujung minggu 4 Julai lalu apabila penyanyi itu dilihat mengunjungi bekas kekasihnya di Toronto, di mana Jessica menjalani penggambaran filem Total Recall.

Timberlake dan Jessica turut dikaitkan dengan orang lain dalam tempoh singkat perpisahan mereka.

Timberlake dikaitkan dengan pelakon Friends With Benefits, Mila Kunis dan juga aktres yang sudah bercerai, baru-baru ini, Scarlett Johansson, manakala Jessica dilaporkan berpacaran dengan Bradley Cooper dan Gerard Butler.

Khabar angin pertunangan Timberlake dan Jessica itu tercetus selepas bekas kekasihnya, Britney mengumumkan pertunangan bersama teman lelakinya, Jason Trawick, minggu lalu. 

Timberlake dan Britney berpacaran selama tiga tahun sehingga mereka berpisah pada 2002.

Jurucakap Timberlake dan Jessica tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters