Jom Buat Duit

Monday 9 January 2012

Irfan Bachdim buat hal lagi



MALANG: Nama Irfan Bachdim (gambar) yang menyertai pasukan bola sepak senior Indonesia pada Kejohanan Piala AFF 2010, mungkin tenggelam.
Bakat Irfan yang sebelum ini menetap di Belanda dikesan oleh pengurus Indonesia dan menjadi wira pada kejohanan itu.

Dalam sekelip mata dia mula laris menjadi bintang iklan dan filem.
Malangnya, Irfan lebih mengutamakan kerja sampingannya dan lupa mengenai tujuan asalnya berhijrah ke Indonesia iaitu untuk bermain bola sepak.

Pada November lalu, jurulatih, Rahmad Darmawan menyingkirnya daripada pasukan bawah 23 tahun selepas dia gagal menyertai latihan pusat tanpa alasan.

Dia rupanya menghadiri sesi fotografi untuk satu produk komersial.
Kini, dia mengulangi perbuatan serupa dengan meninggalkan latihan pusat untuk kelabnya, Persema Malang. Jurulatih dan pengurusan kelab masih tidak tahu di mana dia berada ketika ini. - Surabaya Post

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters