Jom Buat Duit

Thursday 10 May 2012

Wu Chun restui Ella kahwin


Aktor, penyanyi dan model terkenal kelahiran Brunei yang mencipta populariti di Taiwan, Wu Chun hadir ke Kuala Lumpur pada minggu lalu untuk bertemu peminat selain promosi drama lakonannya, Sunny Girl yang kini sedang ditayangkan di 8TV pada setiap Sabtu pukul 6.30 petang.

Pada sidang media berlangsung, Wu Chun yang pernah digosip bercinta dengan Ella Chen seorang pelakon dan juga ahli kumpulan terkenal Taiwan, S.H.E, sempat memberi ucapan tahniah atas perkahwinan Ella dengan suaminya, seorang lelaki Malaysia, Alvin Lai yang berlangsung pada 5 Mei lalu.

Disoal adakah dia menerima jemputan ke majlis bersejarah Ella, jawab Wu Chun dia ada menerima jemputan ke majlis resepsi Ella, bagaimanapun tidak dapat hadir kerana pada tarikh yang sama dia masih berada di Malaysia.
“Saya tidak dapat hadir kerana ada kerja di Malaysia, tetapi saya sudah memberinya hadiah perkahwinan iaitu bingkai gambar. Hadiah itu bukan untuk menyimpan gambar perkahwinan mereka sebaliknya untuk anak mereka,” ujarnya yang memasang impian untuk berlakon bersama Andy Lau.

Wu Chun yang kini memegang kerakyatan Taiwan, kerap ke Malaysia atas urusan kerja. Dia bagaimanapun mengaku menyukai Malaysia kerana budaya dan cuaca sama seperti negara kelahirannya Brunei.
“Saya sukakan banyak perkara tentang Malaysia. Sebenarnya saya agak terkejut ketika menghadiri sesi bertemu peminat di Sunway Piramid kerana tidak sangka begitu ramai peminat menyokong saya di Malaysia,” ucapnya.

Buku biografi
Tidak hanya sibuk berlakon, bintang filem 14 Blades itu juga sibuk menulis buku biografi tentang dirinya. Bermula sebagai pemain kebangsaan untuk sukan bola keranjang negara Brunei, kini dia telah dikenali di seluruh Asia.
“Buku tersebut ditulis daripada pengalaman peribadi dan saya mengambil masa selama tiga tahun menyiapkannya. Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan biografi tersebut kerana sibuk dengan kerja.
“Saya amat berharap buku itu dapat dikeluarkan tahun ini juga. Selain buku biografi, saya juga merancang untuk menerbitkan sebuah buku masakan kerana saya ada menyimpan impian untuk membuka sebuah restoren satu hari nanti,” terang penggemar buah-buahan itu lagi.
Disoal mengapa dia terfikir untuk menulis buku biografi tentang diri sendiri, jawabnya: “Saya berharap buku ini memberi inspirasi kepada orang yang membacanya selain buku ini ditulis untuk tujuan kebajikan. Segala keuntungan daripada buku ini akan diberi kepada badan kebajikan, saya tidak akan ambil satu sen pun.”

Bercakap mengenai kerjaya, Wu Chun tidak menolak andainya dia menerima tawaran untuk terlibat dalam naskhah dari Malaysia.
“Industri filem Malaysia berbeza dengan Taiwan, tetapi saya tidak menolak andai naskhah yang diberi itu melibatkan budaya tempatan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai drama Sunny Girl lakonannya bersama aktres Rainie Yang, aktor berusia 32 tahun itu memberitahu kesemua aksi lagak ngeri dalam drama tersebut dilakukannya sendiri.

Bukan tidak ada pelakon gantian, tetapi Wu Chun memberitahu dia sendiri yang berkeras mahu melakukannya sendiri kerana suka kepada cabaran.
“Pengarah meminta pelakon gantian melakonkan aksi lagak ngeri tetapi saya menolak untuk melakukannya sendiri.
“Kalau bapa saya tahu pasti dia marah. Bayangkan saya harus terjun daripada bangunan yang tinggi lebih kurang KLCC.
“Saya juga memandu bot laju dalam masa yang sama jurukamera berada di dalam helikopter yang terbang sangat rendah di atas kepala saya. Memang itu satu risiko besar,” katanya yang teringin melakukan lompatan bungee.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters