Jom Buat Duit

Monday 7 May 2012

Pacar Syahrini warga Malaysia


JAKARTA: Selama ini penyanyi Syahrini tidak mahu memberi penjelasan mengenai siapa kekasihnya yang bergelar Bubu.
Khabar angin mendakwa pemuda itu berasal dari Malaysia.

Bagaimanapun, kelmarin Syahrini berpeluang memperkenalkan Bubu kepada petugas media dalam majlis perkahwinan adiknya, Aisyahrani yang berlangsung di Kebun Raya Bogor, Jawa Barat.
Penyanyi lagu popular “Kau yang Memilih Aku” itu dilihat menunggu kehadiran kekasihnya di jalan raya apabila Bubu terlambat sampai. Jejaka itu tampil dengan kemeja biru, jaket hitam dan seluar panjang hitam. Sebaik saja dia muncul, Syahrini kelihatan tersenyum lebar menyambut kehadirannya.

Bagaimanapun, baik Syahrini mahupun Bubu enggan untuk diwawancara media. Kedua-duanya mengelak meninggalkan kumpulan wartawan dengan kawalan belasan pemuda bertubuh sasa. - DH

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters