EMMA STONE ditimpa bencana gara-gara memakai gaun rekaan
Alber Elbaz pada acara karpet merah pada majlis Met Gala di New York
baru-baru ini.
EMMA STONE terpaksa melupakan hasrat untuk tampil anggun pada malam
upacara Met Gala di New York baru-baru ini. Ini kerana gaun yang
digayakannya telah membawa bencana buat dirinya ketika dia membuat
kemunculan pada acara karpet merah majlis tersebut.
Menurut laporan akhbar Dailymail, pelakon filem Amazing Spiderman itu
sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa gaunnya itu berlubang.
Padahal gaun mahal tersebut sememangnya dibuat khusus hasil rekaan pereka fesyen Alber Elbaz.
Rupa-rupanya, kesan koyakan di bahagian lingkaran pinggang pada gaun itu terjadi kerana ia terlalu sempit.
Gara-gara insiden tersebut, Emma terpaksa mencari alternatif lain dengan menyarungkan jaket labuh bagi menutupi gaunnya itu.
Namun, jaket kulit berwarna merah darah itu bagaimanapun gagal
menimbulkan aura elegan dan glamor terhadap penampilan gadis berusia 23
tahun itu.
Namun, peristiwa yang hampir sama pernah berlaku pada majlis Golden
Globe 2012 yang lalu apabila zip gaun yang dipakai aktres tersebut
tiba-tiba terbuka dalam khalayak umum.
No comments:
Post a Comment