Jom Buat Duit

Friday, 11 May 2012

Fizz Fairuz bakal lamar Almy Nadia


PASTI ramai yang masih tidak lupa saat aktor Fizz Fairuz menerima anugerah Pelakon TV Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-25 yang lalu. Titisan air mata serta riak terkejutnya jelas kelihatan kerana tidak menyangka dirinya yang akan dipilih peminat selepas 10 tahun bergelar aktor.

Di sebalik titisan air mata gembira itu, Fizz telah memasang niat sebelum majlis anugerah itu berlangsung. Niatnya, Fizz ingin menamatkan zaman bujang tahun ini, andai anugerah itu berada di tangannya.

Ternyata kemenangan berpihak kepadanya, namun, bagaimana pula dengan niatnya untuk berkahwin kerana hubungan cintanya dengan aktres Almy Nadia sudah memasuki tahun yang kelima dan diketahui umum.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fizz yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah buat pemenang Anugerah Bintang Popular yang berlangsung baru-baru ini di Holiday Villa, Subang, Selangor.

Kosmo!: Benarkah Fizz memasang niat untuk berkahwin sebelum majlis Anugerah Bintang Popular?
FIZZ: Memang saya pasang niat, kalau saya menang malam itu, saya akan berkahwin tahun ini juga. Ibu saya juga mengetahui mengenai niat saya itu.

Maknanya anda akan berkahwin dalam tahun ini juga?
Umur saya sudah masuk 33 tahun. Hubungan cinta saya dengan Almy juga sudah lima tahun. Kalau kami berkahwin rasanya sudah ada dua orang anak (ketawa). Bagaimanapun, saya harus menunggu ibu saya pulang dari menunaikan umrah terlebih dulu pada Jun depan.

Sudah pasang niat tetapi belum berbincang mengenai hal perkahwinan dengan keluarga?
Belum berbincang lagi, tetapi ibu saya memang sudah suruh saya kahwin cepat. Katanya, buat apa saya tunggu lagi. Saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana belum ada perbincangan antara keluarga saya dan pihak keluarga Almy. Nanti kalau saya cakap lebih-lebih, ibu saya terkejut, cerita sudah keluar di akhbar tetapi dia sendiri tidak tahu.

Apa pula kata Almy mengenai hal ini?
Saya belum berjumpa dengannya lagi dan membincangkan hal perkahwinan, selepas perbincangan baru saya boleh umumkan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters