Jom Buat Duit

Monday 14 May 2012

Eva Longoria nafi musuhi Teri Hatcher

 Eva Longoria

SEWAKTU aktres Eva Longoria muncul dalam program The Late Show With David Letterman baru-baru ini, dia telah ditanya tentang persengketaan dengan salah seorang rakan pelakon dalam drama rantaian Desparate Housewives, Teri Hatcher, 47.
"Kami telah bergaul dengan baik," ujar Longoria tentang hubungan mereka sebelum menyambung: "Orang di luar yang mengatakan kami tidak berkawan baik."
Hubungan renggang antara Hatcher dengan lima pemain utama drama sensasi tersebut yang lain iaitu Longoria, 37, Marcia Cross, 50, Felicity Huffman, 49, dan Vanessa Williams, 49, mula tersebar selepas nama Hatcher didakwa tidak diundang untuk meraikan sebuah parti khusus untuk drama tersebut.
Mengulas tentang dakwaan tersebut, Longoria mengatakan bahawa hal tersebut di luar kawalannya. "Apa yang saya tahu, semua yang terlibat dalam penggambaran Desparate Housewives, termasuk jika dia hanya kru yang membawa beg kami, semua dijemput ke parti itu," ujarnya.
David Letterman, 56, kemudian bertanya kepada Longoria tentang kesahihan salah seorang bintang drama itu yang telah dipecat iaitu Nicollette Sheridan. Longoria menjelaskan bahawa aktres tersebut tidak dipecat.
Ujarnya: "Dia bukan dipecat, tapi watak dia dicipta untuk mati dalam drama itu. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia. Dia seorang yang lucu."

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters