MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya
Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor
lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki
duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah
hari kelmarin.
Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal,
Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun
duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.
Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25
sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu
dengan makan belalang.
"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira
500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada
lintah masuk dalam dubur.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan
keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek
menyuruh makan belalang.
"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment