Jom Buat Duit

Tuesday 8 May 2012

Dev Patel makin matang

DEV PATEL dan kekasihnya, Freida Pinto sering bertukar pendapat tentang karier mereka.  
 
DEV PATEL memang cukup sinonim dengan watak Jamal yang dibawanya dalam filem fenomena, Slumdog Millionaire. Kini, selepas empat tahun filem tersebut disiarkan, kerjaya seni Dev pantas berkembang. Bakatnya semakin diiktiraf penggiat seni Hollywood.
Dev yang baru menyambut ulang tahun ke-22nya bercakap tentang kehidupan masa kini, cabaran berlakon di Hollywood serta kisah cinta dia dengan aktres, Freida Pinto.

Bagaimana filem Slumdog Millionaire telah merubah kehidupan anda?
Terlalu banyak yang telah berubah selepas filem itu berjaya. Saya telah menjadi orang yang lebih matang. Dari segi kerjaya, saya dikelilingi banyak artis berbakat besar yang telah membuat saya mahu bersaing dengan mereka. Sikap yakin diri saya juga bertambah.

Adakah bakat anda sebagai aktor diperlekeh di Hollywood?
Ya, saya tidak boleh menafikan hal itu. Kadang-kala saya hanya diberi watak sampingan yang jika dilihat, tidak perlu ada pun tak mengapa. Tapi secara peribadi, saya mengambil ia sebagai cabaran untuk diri sendiri supaya saya tidak cepat lupa dan berasa selesa.

Anda masih berhubung dengan Danny Boyle? Ada perancangan untuk kembali bekerjasama?
Ada juga kami berhubung. Setakat ini memang tidak ada tawaran, tapi jika dia menawarkan saya watak untuk filem arahannya, saya akan menerima tanpa berfikir.

Anda dan Freida Pinto sangat sibuk. Bagaimana kalian meluangkan masa bersama?
Buat masa sekarang, secara kebetulan, saya sedang menjalani rakaman sebuah program televisyen di Los Angeles dan dia juga berada di sini kerana terbabit dengan projek filemnya. Jadi kami banyak menghabiskan masa bersama. Jika kami sibuk dan tidak dapat bertemu, kami akan berhubung melalui telefon dan Skype.

Adakah Bollywood akan melihat gandingan kalian lagi?
Saya tak kisah, tapi secara jujur, tawaran yang datang masih belum menambat hati saya untuk bersetuju berlakon dalam naskhah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters