Jom Buat Duit

Sunday 1 April 2012

Wanita hamil lemas


DUNGUN: Seorang wanita mengandung empat bulan mati lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi bersama suaminya di Pantai Kuala Abang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Manpreet Kaur, 33, mandi bersama suaminya, Naresh Sanchana, 32, di pantai terbabit sebelum dia dikatakan hanyut dibawa arus deras.

Difahamkan, sebelum kejadian, pasangan terbabit yang dipercayai berasal dari Jalan Kerinci, Kuala Lumpur datang bercuti di sebuah resort berhampiran sebelum mandi di pantai terbabit.
Ketika asyik mandi, mangsa dikatakan ditarik ombak ke tengah laut dan cubaan suaminya untuk menyelamatkan mangsa gagal sebelum orang ramai memberi bantuan menarik isterinya ke darat.

Malah, beberapa pengunjung hotel terbabit dikatakan cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun.

Saksi, Zulkifli Idris, 37, berkata dia mula bimbang selepas melihat pasangan terbabit berani mandi di kawasan situ dalam keadaan ombak besar.

“Selasa lalu, seorang pemuda nyaris lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi tidak jauh dari kawasan itu.

“Bagaimanapun, remaja itu yang ketika itu hanyut 300 meter berjaya diselamatkan abangnya yang berenang melawan arus dan ombak kuat,” katanya.
Zulkifli berkata, dia menunggang motosikal bersendirian ke pantai terbabit untuk melihat keadaan pantai di situ, jam 11 pagi dan ternampak pasangan suami isteri itu mandi di tepi pantai.

“Saya tidak berani menegur mereka kerana kawasan pantai itu di bawah kuasa sebuah hotel, selain bimbang didakwa menceroboh masuk ke kawasan itu.

“Selepas 10 minit di situ, saya menunggang motosikal ke rumah seorang rakan di Kampung Seberang Pintasan dan mengambil keputusan pulang ke rumah di Kuala Abang, di sini sebaik mendapati rakan tiada di rumah.

“Bagaimanapun, ketika melalui semula kawasan itu, saya lihat kawasan pantai itu dipenuhi orang ramai dan ada mangsa lemas diberi pertolongan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters