Jom Buat Duit

Sunday 15 April 2012

Kelab Gay Malaysia terima 4,000 ‘like’


KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik premis perniagaan yang menawarkan servis urutan kesihatan dan spa kecantikan khusus untuk lelaki, kumpulan gay dikenali dengan pelbagai gelaran seperti ‘Mat Kunyit’ dan ‘People Like Us’ (Plu) nyata aktif menggunakan rangkaian Internet bagi menarik lebih ramai pengikut.
Kumpulan itu secara terbuka mengumpul pengikut di seluruh negara menerusi rangkaian laman sosial popular, terutama facebook (FB), dengan mendaftarkan akaun atas nama Kelab Gay Malaysia sejak 27 Jun 2011.

Pemerhatian Metro Ahad (MA) mendapati, laman itu mendapat sambutan di kalangan golongan gay sehingga status ‘like’ dikumpul akaun FB berkenaan mencecah hampir 4,000.
Jumlah itu membuktikan kelompok homoseksual kian berkembang dan dikhuatiri pengaruh negatif yang mempromosi hubungan sejenis bakal menarik lebih ramai anak muda tempatan menyertainya.

Lebih mengejutkan, MA mendapati akaun FB didalangi golongan terbabit bukan saja terhad kepada satu akaun, malah setiap negeri mempunyai kelab gay sendiri yang mengumpul sekurang-kurangnya 1,100 like.

Paparan gambar dikongsi rakan komuniti dalam akaun itu sungguh meloyakan kerana mereka mendedahkan sebahagian besar tubuh serta tidak takut berkongsi gambar intim ketika bersama pasangan.

Lebih mengecewakan, orang Melayu dan beragama Islam antara yang menyertai kelab terbabit, sedangkan perbuatan ini jauh terpesong dengan ajaran agama.

Sementara itu, dipercayai sekurang-kurangnya 10 blog menawarkan pelbagai servis urutan serta ada individu perseorangan tidak segan mempromosikan diri bagi menarik pelanggan lelaki yang gian memuaskan nafsu songsang.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters