Jom Buat Duit

Saturday 10 March 2012

Momo kerap melawat Ariel



SEJAK minggu lalu, nama Narova Morina Sinaga, 26, atau nama pentasnya Momo Geisha menjadi carian hangat di Internet. Semuanya gara-gara foto dia sedang melawat Ariel Peterpan di penjara tersebar baru-baru ini.

Menafikan hubungan istimewa antaranya dan Ariel kepada media di Indonesia, namun kedatangan Geisha ke Malaysia pada minggu ini untuk promosi album terbaharu mereka, Meraih Bintang, membuktikan seolah-olah ada cinta bertaut antara dia dengan bekas kekasih aktres Luna Maya itu.
Senyuman meleret di bibirnya dan hilai tawa anggota Geisha yang lain sewaktu menjawab persoalan cinta dengan Ariel umpama memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang istimewa terjalin antara Momo dan Ariel.

Jika sekadar sebatas hubungan kerja, masakan Momo mengaku dia pernah melawat Ariel di penjara sebanyak tiga kali.
Bukan itu sahaja, Momo juga tahu secara terperinci keadaan Ariel di dalam penjara apabila secara berseloroh memberitahu Ariel masih kekal kacak walaupun terpaksa terperuk di sebalik tirai besi sejak lebih setahun lalu.

“Ya, memang saya ada melawat dia (Ariel) di penjara. Saya pergi melawatnya bersama pihak pengurusan label band saya dan Peterpan iaitu Musica Studios selain disertai anggota Peterpan yang lain beberapa bulan yang lalu.
“Ketika itu saya melawatnya kerana urusan kerja sahaja. Kebetulan foto yang tersebar di Internet itu hanya nampak kami berdua, jadi orang ramai mula membuat spekulasi mengenai kami. Hakikatnya ketika itu saya bukan datang sendirian," jawabnya bersungguh-sungguh.
Ditebak pula soalan tentang jika benar atas urusan kerja buat pertama kali, mengapa menerusi laporan media Indonesia, Momo dikatakan kerap melawat Ariel sedangkan Luna Maya dilaporkan sudah lama tidak melawat penyanyi itu di penjara, Momo menghela nafas panjang sebelum menjawab.

MOMO menafikan dia dan Ariel mempunyai hubungan cinta, sebaliknya memberitahu mereka hanya berkawan.


Katanya: “Secara jujur memang saya pernah melawat Ariel ketika kes dia sedang hangat. Waktu itu saya hadir bersama anggota band Geisha yang lain untuk memberi sokongan kepadanya.
“Selepas itu ada dua hingga tiga kali saya pergi melawatnya apabila jadual saya kosong daripada aktiviti band Geisha. Bagaimanapun, hubungan kami hanya sekadar teman, tidak lebih daripada itu."

Momo juga menjelaskan yang Ariel kini berada di dalam keadaan yang sihat dan masih lagi berkarya walaupun sudah lama tidak berada di dalam atmosfera seni.
“Dia kelihatan baik sahaja dan sihat. Setiap kali melawatnya, Ariel jenis orang yang tidak suka memperlihatkan kesusahan yang ditanggungnya, jadi pertemuan kami terasa seperti berlangsung di luar penjara. Bertemu dengan Ariel memang seronok walaupun kami bertemu di ruang yang agak terbatas pergerakannya,” cerita Momo lagi.

Popular kerana Ariel
Sambung Momo, sewaktu dia pergi melawat Ariel sebagai seorang teman, tidak pernah terlintas di fikirannya ia akan menjadi satu kontroversi yang besar. Jika dilihat keadaannya kini, diakui Momo semakin popular kerana kontroversi cinta yang terbaru ini.
“Saya bingung, mengapa hal itu diperbesarkan oleh pihak media. Salahkah saya mahu melawat teman di penjara?” soalnya.

Momo kemudian menjelaskan, salah satu sebab dia kerap bertemua Ariel adalah kerana dia telah dipilih oleh band Peterpan untuk menyanyikan sebuah lagu yang dibikin oleh Ariel di dalam album instrumental band tersebut.

ARIEL PETERPAN yang kini masih menjalani hukuman di penjara kerana video porno bersama Luna Maya dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan vokalis Geisha, Momo.


Disoal lagi, apa keistimewaan dia kerana dalam ramai-ramai penyanyi di Indonesia, dia menjadi pilihan Ariel untuk menyanyikan lagu ciptaan Ariel, sambil ketawa, Momo berkata: “Itu saya tidak tahu sebabnya, saya rasa soalan itu harus ditanya terus kepada Ariel.

“Jika ditanya saya, satu sebabnya, mungkin kami duduk di bawah satu label. Kedua, mereka mungkin mahu penyanyi wanita yang menyanyikan lagu itu.

“Waktu berjumpa kami banyak berbincang soal projek tersebut, dan saya juga menyanyikan lagu itu di depannya. Saya berbesar hati dapat membantu mengembalikan semula nama Peterpan walaupun menerusi satu lagu sahaja.”

Beritahu Momo lagi, sejak mengenali vokalis penuh kontroversi tersebut, dia melihat Ariel sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap teman-temannya.
Terpisah daripada dunia luar tidak menghalang Ariel untuk terus berkarya dan membantu ahli Peterpan yang lain.

“Memang sejak awal lagi, saya lihat Ariel seorang yang bertanggungjawab dan semangatnya kuat untuk membantu ahli Peterpan yang lain supaya terus hidup dalam dunia seni. Sebagai teman, ini antara bantuan dan sokongan yang saya dapat beri kepada band Peterpan,” bicaranya tanpa berselindung.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters