Jom Buat Duit

Saturday 10 March 2012

James Cameron mahu teroka laut paling dalam


WASHINGTON - Pengarah filem Avatar, James Cameron akan cuba untuk meneroka ke kawasan laut paling dalam di dunia di Lautan Pasifik dengan menggunakan sebuah kapal selam yang kecil pada lewat bulan ini.

Pengumuman itu dibuat selepas dia berjaya memecahkan rekodnya sendiri dengan menyelam di dalam laut secara solo dengan menggunakan sebuah kapal selam kecil di Lautan Pasifik dekat Papua New Guinea pada 4 Mac lalu.

Cameron yang menggunakan kapal selam kecil itu menyelam sedalam 8.2 kilometer (km).
Sasaran terbaharu Cameron adalah untuk menjadi manusia pertama sejak tahun 1960 melawat kawasan laut paling dalam di Bumi yang dikenali sebagai Challenger Deep sedalam 11km di kawasan Mariana Trench.

Kawasan itu yang terletak 321km dari barat daya Guam pernah dilawati oleh seorang pegawai tentera laut, Leftenan Don Walsh dan pakar lautan dari Switzerland, Jacques Piccard pada tahun 1960.
Walsh dan Piccard menghabiskan masa selama 20 minit di kawasan itu semasa mereka berada di dalam sebuah kapal selam kecil, Trieste.

Namun, Cameron, 57, mahu menghabiskan masa selama enam jam di kawasan tersebut. Misi pengarah filem itu adalah dengan kerjasama institusi pendidikan dan kajian saintifik, National Geographic.
Menurut pengarah filem itu kelmarin, dia akan berada di dalam sebuah kapal selam kecil yang selebar 109 sentimeter.

Cameron pernah menyelam sebanyak 12 kali untuk melihat bangkai kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912 selepas terlanggar bongkah ais dengan menyebabkan lebih 1,500 orang mati di Lautan Atlantik. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters