Jom Buat Duit

Thursday 10 May 2012

Penyanyi dikir barat ditahan


KOTA BHARU: Seorang penyanyi dikir barat moden wanita di negeri ini ditahan bersama empat lelaki termasuk suaminya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, kelmarin.
Dalam serbuan jam 12 tengah malam di sebuah rumah di Pasir Mas, dekat sini, penyanyi dikir barat berusia 20-an itu mempunyai beberapa album dan aktif mengadakan persembahan di negeri ini, ditahan bersama empat lelaki juga berusia 20-an.


Sumber memberitahu Harian Metro, serbuan dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ketika operasi membanteras kegiatan penagihan dan pengedaran dadah selepas menerima maklumat orang awam.

“Hasil serbuan, kami menemui sejumlah bahan terlarang dipercayai dadah. Turut ditemui dua kereta dipercayai dicuri. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penahanan lima suspek itu, namun enggan mengulas lanjut.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters