Jom Buat Duit

Wednesday 16 May 2012

Kilang ramuan seks


NAPOH: Tindakan sebuah kilang menukar label baru pada produk kesihatan keluarannya dipercayai bagi memperdayakan pihak berkuasa gagal selepas premis itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, semalam.
Dalam operasi bersepadu jam 10 pagi itu, kilang terbabit didapati membekalkan produk makanan tambahan mengandungi racun berjadual dikenali sebagai ‘thiodimethylsildenafil’ atau bahan perangsang seks untuk pasaran.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi Kedah, Mokhtar Abdullah berkata, pihaknya merampas lebih 1,000 botol makanan tambahan itu yang didakwa berasaskan bahan organik bernilai kira-kira RM150,000.
“Sebelum serbuan dilakukan, sampel makanan tambahan itu sudah dihantar kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan disahkan turut mengandungi racun berjadual yang mampu memberi kesan negatif kepada pengguna dalam jangka panjang.

“Selain itu, kami yakin pengilang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menukarkan label baru pada produk mereka.

“Pemeriksaan awal menemui sejumlah besar botol kosong menggunakan label lama, namun belum luput tarikh,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dalam operasi sama, Mokhtar berkata, sebuah kilang memproses kopi di Sungai Petani turut diserbu selepas dipercayai melakukan kesalahan sama iaitu menjual bahan minuman mengandungi racun berjadual.

Beliau berkata, operasi itu turut menyerbu 13 kedai menjual ubat tradisional di Kompleks Pekan Rabu kerana pelbagai kesalahan termasuk menjual ubat tidak berdaftar.
“Semua pemilik premis itu disiasat mengikut Peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik 1984 iaitu memiliki ubatan untuk dijual tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan boleh didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

“Bagi pemilik kilang yang didapati menyalahi Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Katanya, pihaknya menasihatkan orang awam berhati-hati terhadap pengambilan makanan tambahan bagi memastikan ia tidak mengandungi sebarang bahan larangan yang mampu mengancam nyawa.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters