Jom Buat Duit

Tuesday 8 May 2012

Ibu hamil bawa 63.5kg heroin ditahan


LONDON: Seorang wanita hamil Britain boleh dikenakan hukuman mati di Pakistan selepas dia ditangkap cuba menyeludup heroin bernilai 3.2 juta pound (RM15.7 juta).
Khadija Shah, 25, cuba untuk pulang ke Birmingham bersama dua anaknya ketika dia ditahan polis di Lapangan Terbang Islamabad yang menemui 63.5 kilogram dadah itu yang disembunyikan dalam tiga beg pakaian. Dia mendakwa membawa beg itu atas permintaan beberapa lelaki yang ditemuinya di Pakistan dan tidak tahu apa kandungan di dalamnya. Pihak berkuasa di Islamabad mengesyaki lelaki berkenaan adalah geng samseng.

Rampasan itu dipercayai yang terbesar bagi dadah kelas A yang pernah ditemui di Lapangan Terbang Islamabad untuk diedar ke jalan raya sekitar Britain.
Di bawah undang-undang Pakistan, sesiapa yang ditahan membawa dadah melebihi 10 kilogram berdepan sekurang-kurangnya hukuman penjara seumur hidup dan maksimumnya hukuman mati. Khadija yang bercuti di Pakistan selama sebulan setengah tinggal bersama saudara di Mirpur sebelum menetap di rumah tamu di Islamabad.

Anaknya, Aleesha Munir, empat dan Ibrahim Munir, enam tahun adalah hasil daripada hubungan terdahulu dan dia kini hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Amar Ali. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters