Jom Buat Duit

Thursday 10 May 2012

Doktor tunjuk kemaluan diperintah buat khidmat komuniti


SINGAPURA: Seorang doktor yang berpakaian seperti budak sekolah perempuan sebelum menunjukkan kemaluannya di hadapan penuntut universiti, terlepas daripada dihukum penjara, semalam.
Ivan Ngeow Ko Yen dijatuhkan hukuman setahun di bawah pengawasan dan menjalani 60 jam khidmat komuniti.

Lelaki berusia 37 tahun itu mensasarkan seorang penuntut dan menurut mangsa dia berpakaian seragam perempuan Kolej Victoria Junior.

Pada mulanya dia tidak mengendahkan lelaki itu yang berkeliaran di siar kaki di bloknya.


Tetapi, apabila dia memasuki lif, dia melihat melalui panel kaca lif, lelaki itu mengangkat skirtnya dan menunjukkan kemaluannya.

Penuntut yang berusia 19 tahun itu terus berlari pulang dan menelefon polis. - Straits Times

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters